Saturday 21 January 2017

Pengeluaran Dan Perkhidmtan Produk Halal

Pemahaman mengenai dalil, konsep dan maksud halal merupakan suatu kepentingan dalam proses pengeluaran dan perkhidmatan produk halal. Dalam Islam,  dalil begitu jelas diterangkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 dan surah Al-maidah ayat 3 di mana Allah berfirman yang bermaksud:

"wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yg ada di bumi yang halal lg baik dan janganlah kalu ikut jejak langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang dan nyata bagi lamu,(Al-Baqarah, 2: 168)

" Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan haiwan yang disembelihan kerana yg lain bagi Allah, dan yang mati tercekek, dan mati dipukul, dan mati jatuh,dan mati ditanduk,dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasil. Pada hari ini, orang kafir telah bwrputus asa daru agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takot kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmat-ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin Melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi mangasihani."

Berdasarkan ayat diatas, jelas bahawa halalan toyyiban merupakan satu standard dalam Islam terutama mengenai perintah mencari rezeki yang halal lg baik untuk Semua manusia bukan sahaja untuk orang Islam. Konsep halalan thoyyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih lagi suci, tetapi merangkumi aspek yang Lebih luas termasuk cara penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan antaranya yang perlu bebas dari perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam seperti unsur-unsur mencuri, merompak, penyelewengan dan rasuah. Dalam memahami maksud pengeluaran dan perkhidmatan produl halal, beberapa penelitian awal dibuat mengenai takrifan halal berdasarkan tulisan cendekiawan Islam. 

Maka kesimpulannya, pengeluaran dan perkhidmatan produk halal sangat luas diperkatakan. Seharusnya ianya dikaji lebih mendalam agar pengeluaran dan perkhidmatan produk halal ini Lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment